SEKSYEN DASAR DAN PENYELIDIKAN
1. Mengurus dan menyelaras penggubalan dasar-dasar Kerajaan yang dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang; 2. Mentadbir Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258); 3. Mengurus mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Keadilan Negara; 4. Menjadi Urus setia Mesyuarat Jemaah Pengampunan bagi kes- kes rayuan pengampunan Wilayah- Wilayah Persekutuan dan kes-kes Keselamatan seluruh negara; 5. Memantau Lembaga Pengampunan Negeri; 6. Mengurus semua urusan yang berkaitan dengan hal ehwal Kertas Jemaah Menteri dan maklum balas Jemaah Menteri; 7. Mengurus pelantikan Penasihat bagi Mahkamah Kanak-kanak di bawah Akta Anak 2001; 8. Menyelaras pelaksanaan Akta Perlindungan Saksi; 9. Memantau Laporan Tahunan SUHAKAM dan maklum balas; dan 10 Menjalankan kajian dan penyelidikan mengikut keperluan Jabatan.
Fungsi Seksyen














